Thursday, 6 December 2007

PEMBANTU RUMAH JADI CHANSELOR UNIBERSITI

SABTU ini bakal dimasyorkan isteri Abdullah Ahmad Badawi bernama Jaene Danker sebagai Chanselor Unibersiti terbuka Malaysia menggantikan Allahyarhamah Datin Seri Hendon.
Permasyoran tersebut bakal diadakan sempena majlis konvokesyen Unibersiti tersebut bertempat di Putra Dagang Duinia Putra (PWTC). Demikian menurut Naib Chanselor Tan Sri Anwar.
Begitulah hebatnya rencam kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang sentiasa dikelilingi oleh kalangan pengampu, pembodek dan penjilat Perdana Menteri untuk kekal menjadi sebahagian dari golongan masyarakat Elit.
Kerana itu usahlah dihairankan kenapa tahap mutu pengajian unibersiti serta pusat pengajian tinggi di negara ini semakin susut kebelakang berbanding dengan dunia luar.
Sekadar lontaran fikiran kita ingin bertanya kepada para penjawat jawatan penting di Pusat Pengajian Tinggi,apakah kriteria untuk sesaorang itu boleh dilantik sebagai Chanselor?
Khabarnya sebelum bernikah dengan Abdullah semasa dia masih menjadi isteri ipar Perdana Menteri , Jaene Danker turut terlibat membuka perniagaan restoran pub yang turut menjual arak. Selepas kedai arak itu tutup Jaene dilantik pula menjadi ketua pembantu rumah "battler" di kediaman Timbalan Perdana Menteri oleh Datin Seri Hendon.
Tidak diketahui dari Unibersiti mana Jaene memperolehi kelulusan dalam pengajiannya. Kalau dia tidak mempunyai latar belakang akademik serba memberangsangkan bagaimana boleh di lantik sebagai Chanselor bagi sesabuah unibersiti?
Sementara itu pada 11 Disember 2007 pula persidangan Dewan Rakyat bakal membentangkan pindaan akta suruhanjaya pilihanraya untuk bacaan kali kedua berhubung perlantikan Pengerusi suruhanjaya tersebut yang mahu dipinda supaya penjawat jawatan tersebut boleh dilantik sehingga berusia 66 tahun.
Pengerusi suruhanjaya pilihanraya sekarang Tan Sri Abdul Rashid bakal tamat tempoh memegang jawatan tersebut pada 31 Disember 2007 selaras dengan peruntukan perlembagaan dan akta suruhanjaya pilihanraya menghadkan usia pengerusinya setakat 65 tahun sahaja.
Apakah kerana mahu mempertahankan supaya Tan Sri Rashid boleh terus kekal walaupun untuk tempoh satu tahun lagi maka kemulian Parlimen sebagai pembuat dasar dipergunakan bagi memenuhi hasrat serta impian Abdullah Ahmad Badawi?
Ironisnya, bacaan kali kedua akan dilakukan pada 11 Disember selepas itu ia perlu dibawa kepersidangan Dewan Negara (senat) sebelum dimasyhorkan sebagai pindaan akta untuk ditandatangani oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
Seandainya Baginda Agong berkenan maka sebelum dakwat kering, kedudukan Tan Sri Rashid terjamin untuk tempoh satu tahun lagi. Bagaimana pula jika kebawah Duli Agung tidak berkenan? Walaupun pindaan perlembagaan sejak tahun 1987 memutuskan jika sesuatu pindaan tidak mendapat perkenan ia tetap menjadi undang-undang selepas tempoh tiga puluh hari.
Jika keadaan ini berlaku apakah wajar Tan Sri Rashid meneruskan khidmatnya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya kerana sebelum pindaan akta tersebut diperakui beliau telahpun melewati tempoh had yang dibenarkan oleh undang-undang.
Dalam waktu yang sama ia membawa maksud bermula dari 31 Disember 2007 Suruhanjaya pilihanraya mengalami kekosongan Pengerusinya dan jika akta tersebut diterima pakai saat itu kedudukan Tan Sri Abdul Rashid sudahpun melewati musim persaraannya. Fikir-fikirkanlah.
Alahai Abdullah Ahmad Badawi, terlalu banyak rencam dan onak sempang peranang denai politiknya. Kerana itulah amat wajar untuknya memikirkan jalan keluar dengan mengundurkan diri segera dari Seri Perdeana agar rakyat berkesempatan memperolehi pimpinan yang baru sebagai usaha menyelamatkan situasi serba merencam ini.
Kalau benar-benar mahu menjadi seorang muslim yang baik eloklah Abdullah Ahmad Badawi berpekerti baik kerana rakyat semakin lantang menyuarakan kata-kata "jaga baik-baik dirimu duhai Abdullah...."

2 comments:

Anonymous said...

Dato',

Kawan bukanlah seorang peminat Kepimpinan PM YDP Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, malah tidak bersetuju mengenai terlalu banyak pendekatan, cara pengurusan, keputusan dan tindakan pentadbiran Perdana Menteri ini.

Taksub kepada pemimpin UMNO hanya sebab mereka pemimpin pun jauh sekali.

Kawan juga tidak setuju Datin Seri Jeanne dilantik sebagai Cansellor OUM, dalam tempoh kurang setahun menjadi isteri Perdana Menteri dan sebelum ini belum pernah membawa diri sebagai seorang isteri VIP (berbanding dengan Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood, menjadi isteri seorang Menteri Kabinet semenjak tahun 1981 lagi).

Namun begitu, Kawan tidak berapa setuju dan selesa apabila Datin Seri Jeanne Abdullah digelor sebagai "Pembantu Rumah".

Beliau merupakan seorang porfessional yang lama berkhidmat dalam industri perhotelan and hospitaliti. Jawatan akhir beliau merupakan Pengurus Domestik Kompleks Seri Perdana.

"Pembantu Rumah" adalah konnotasi biasa untuk orang gaji atau maid, dan bukan untuk mereka dalam perkhidmatan layanan pelanggan (customer service) dalam industri perhotelan dan hospitaliti.

Oleh itu, Kawan tidak setuju dengan pengunaan terma ini untuk Datin Seri Jeanne walaupun Kawan bersetuju beliau tidak layak diberikan pernghormatan sebagai Cansellor OUM.

Mungkin penulis lain seperti Pak Habib lebih sesuai menulis sebegini dan bukan Dato'.

Ini pandangan Kawan.

manggis said...

KAWAN PUN TAK SETUJU JEANE JADI CHANCELOR U, TAPI ITULAH TUAH BADAN, APATAH LAGI DALAM ERA KEPIMPINAN KELUARGA 69

P.RAMLEE U'RE THE BEST