KAMAL AMIR MENULIS…
MALAM RESAH
DI PERDANA SARI
Mukadimmah:
Menulis di halaman blog period internet yang semakin menjadi sebahagian daripada budaya Melayu Baru bermula dari era dunia tanpa sempadan merupakan satu episod baru bagi diri ini. Telah lama teman-teman kalangan penulis mengundang saya untuk melakari buah fikiran di dada komputer namun hati masih belum terpanggil melakukannya.
Namun pertemuan di “Bangsar Shoping Complex” sambil menghirup segarnya secangkir “kopi tarik” bersama Yang Mulia Raja Petra (papa bloggers) dan isterinya Marina dalam membicarakan persoalan semasa, tentunya menyentuh citra politik pasca pimpinan Abdullah Ahmad Badawi hati tergamit untuk “berbloger” sama setelah menyedari semakin terjajahnya bumi bertuah bernama Malaysia .
Tidak terniat untuk "berreformasi" seperti teman-teman yang satu ketika dahulu mencanai wawasan melalui parti Umno, tiada juga terlintas di hati untuk jadi “patriot upahan” meledakkan serangan fitnah atau hasutan. Namun kecekalan di hati berpaksi kepada pembetulan harus dilakukan demi kemerdekaan negara agar tidak dijual atau digadai kepada kuasa asing oleh percaturan dangkal politik jemaah wazir Abdullah Ahmad Badawi.
Persoalan bagaimana Wilayah Pembangunan Iskandar “dikangkangkan” seluas-luasnya oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi kepada pelabur yang tentunya dari Singapura, terbiarnya harga barangan untuk dinaikkan oleh kaum saudagar sesuka hati mereka meraih keuntungan tanpa batas, malunya umat Melayu bila Khairy Jamaluddin (menantu kesayangan Abdullah Ahmad Badawi ) membuat pengakuan secara terbuka rumah mewah di Musamma Bay Australia milik keluarga Perdana Menteri sedangkan realitinya ia dibeli oleh wanita Tionghua bernama Wong.
Lebih mengaibkan bila kerajaan Abdullah Ahmad Badawi seperti merelakan sikap haloba dan “Pelahap” menantunya bersama anak Tun Razak menghapuskan imej “bank Bumiputra” untuk ditelan oleh saudagar dari Singapura atas nama CIMB bank (khabarnya) membuatkan saya merasakan kerajaan Abdullah Ahmad Badawi sudah melampau terhadap untung nasib bangsa Melayu. Malahan banyak lagi yang akan kita dedahkan satu persatu agar rakyat tidak lagi dibohongi oleh “lakonan bodoh” politik seorang pemimpin bernama Abdullah Ahmad Badawi dari negeri Boria dan Ghazal parti yang punya penari “jantan” tapi jadi “perempuan getek bergelek dan “berronggeng”.
Cerita jijik lagi menjijikkan dilakukan oleh kroni Abdullah Ahmad Badawi bagaikan sebuah lagenda 1001 malam yang bakal digarap untuk renungan kita bersama. Kalau ia menimbulkan kemarahan kepada Abdullah Ahmad Badawi saya tidak ambil peduli kerana kalau kemarahan orang Melayu dan rakyat boleh dipersetankan olehnya anak beranak amat wajar rasanya kemarahan itu diledakkan demi menuntut keadilan bersama bukannya menuntut parti keadilan…
Al kisah, hening angin kota yang membahang malam itu menjengah resah hati Mahaputra setelah dikhabarkan bencana buruk sedang melanda kerajaannya. Mahaputra tidak gentar, tidak juga takut menghadapi bencana itu. Namun jiwanya bagaikan terpalu apabila diberitahu jijiknya memanda wazir bernama Awabi melakukan perbuatan terkutuk sedemikian rupa.
Selama ini tidak pernah terfikir olehnya memanda Awabi tergamak melakukan perbuatan sekeji itu. Apakah ia satu fitnah? Apakah sekadar mahu mengguris keyakinannya untuk tidak menaikkan martabat Awabi ketahap lebih tinggi lagi? Atau mungkin satu konspirasi politik kalangan teman-teman sidang wazir mahu mencalar dan merobekkan rasa yakinnya terhadap Awabi ?
Memang benar negara pimpinan Mahaputra cukup makmur dan dilihat amat kaya raya. Lebuh raya terbentang lebar membelah dada bumi jantung pisang. Hasil buminya sudah tersohor ke seluruh dunia. Legasi yang dicanai dalam sumpah seranah bekas sidang wazir yang terdahulu sudah menampakkan kejayaan.
Rakyatnya hidup mewah. Pasaran saham meledak segar bugar, pelancong datang membanjiri kotaraya silih berganti. Malahan kemampuan anak negeri memiliki pesawat peribadi cukup membanggakan. Tetapi berita Awabi melakukan perbuatan terkutuk itu cukup menyiksa batinnya. Mana mungkin Awabi boleh terjebak dalam kancah perlakuan sejijik itu.
Mahaputra gagal untuk melelapkan matanya malam itu. Sesekali dia menatap wajah Hashimah satu-satunya isteri kesayangannya. Apakah Hashimah yang sedang lena diulit mimpi akan percaya jika berita keji itu disampaikan kepadanya. Sejak akhir-akhir ini Hashimah cukup percaya dan amat sayangkan Awabi berbanding kalangan sidang wazir yang lain sehingga menimbulkan pelbagai cakap-cakap kesan cemburu mereka terhadap Awabi namun dia tidak mahu ambil peduli.
Tergamak Awabi membayar wang sejumlah dua ratus juta ringgit kepada ketua-ketua bahagian dari negeri Sabah untuk mencari pengaruh merupakan tindakan yang meragut hatinya. Bagaimana Awabi memperolehi wang sebanyak itu untuk dilaburkan dalam program “rasuah politik”? Kenapa Awabi tergamak bertindak sedemikian?.
Setiap ketua bahagian diberikan sepuluh juta ringgit seorang asal saja mereka bersedia mencalonkan Awabi untuk jawatan yang bakal ditandinginya. Mahaputra tahu kalau mahu mencabar Wazir Ghaus tidak perlu sebanyak itu dilaburkan oleh Awabi tapi kenapa dia boleh melakukan sedemikian?
Jumlah sepuluh juta ringgit jika dikumpulkan seramai 20 orang membawa jumlah dua ratus juta. Ia cukup besar dan boleh diguna pakai bagi membangunkan negeri jajahan Mahaputra. Selama ini dia sudah banyak mendengar keluhan serta jerih marhain meminta pembelaan. Masih terdapat kalangan rakyat di kawasan luar Bandar negeri-negeri jajahannya hidup jumud tidak punya bekalan api dan air secukupnya.
Mahaputra amat “tercakna” dan hatinya diragut sayu memikirkan tergamaknya Awabi mengotori halaman Perdanasari dengan melakukan kerja-kerja jijik “rasuah politik”.. Mungkinkah Wazir Awabi mahu menjatuhkannya dari singhasana Perdanasari? Dari mana Awabi boleh mengumpul sejumlah itu? Kalau hanya untuk negeri Sabah Awabi berbelanja dua ratus juta berapa pula belanjanya untuk negeri-negeri yang lain?
Apakah hanya untuk memburu jawatan Awabi sanggup berbelanja ratusan juta ringgit malahan berbillion ringit, apa akan jadi terhadap untung nasib rakyat? Siapa yang menyediakan dana sebanyak itu? Apakah Awabi sudah pandai mencuri kantung Negara? Atau mungkin ada kapitan China membawa jongkong emas membantu Awabi menyediakan dana sejumlah itu? Mungkin juga wang tersebut datangnya dari pemimpin atas angin yang selama ini cukup berdendam dan memusuhi Mahaputra kerana begitu lancang dan celupar membelasah peradaban sempang peranang dunia barat.
Dalam resah yang begitu meresahkan tiba-tiba Mahaputra mendengar deringan telefon. Mahaputra dijengah gementar, malapetaka apakah yang datang menyerang sehinggakan waktu dinihari sebeginipun masih ada panggilan telefon. Urusan apakah yang begitu penting mesti dibincangkan sehingga tiada kesempatan dilakukan esok hari? Mungkin panggilan itu datangnya dari Laksamana Haridan atau mungkin juga dari Bentara Hassan mahu memberikan laporan keselamatan negaranya atau mungkin juga dari memanda Ghaus orang terkanan yang cukup setia terhadapnya.Tidak mungkin Raja Petra berani menggangu masa tidurnya, talian yang ada dibiliknya merupakan talian sulit untuk orang-orang tertentu sahaja,
“Hello, Dato’ Seri ini Daiman sedang bercakap………..
Bersambung keluaran akan datang.

Ceritanya begini :

1 comment:
di mana sambungnya pak???
Post a Comment